Soalan Dan Jawapan Voltage Stabilizer

1. Soalan:
Kenapa perlu menggunakan Penstabil Voltan (Voltage Stabilizer – VS) pada kenderaan?
Jawapan:
Apabila enjin dihidupkan, pelbagai peranti elektronik di dalam sesebuah kenderaan akan menggunakan voltan secara serentak contohya lampu, peranti suntikan bahan api(Injection), gegelung, radio, pendingin hawa dan lain-lain. yang menyebabkan voltan tidak lagi seimbang terutamanya kenderaan yang telah berusia. Di sini, VS akan memainkan peranan untuk cuba menyeimbangi voltan dengan penggunaan secara maksimum yang mungkin.

2. Soalan:
Apakah kesan buruk untuk jangka panjang menggunakan VS?
Jawapan:
Setakat ini, hasil pencarian saya di internet tidak ada pendapat yang mengatakan ada kesan buruk penggunaannya. Cuma sebilangan kecil mengatakan harganya mahal dan alat ini bukanlah sesuatu yang penting untuk dimiliki.

3. Soalan:
Kenapa harga VS mahal di pasaran sedangkan komponennya adalah terdiri komponen yang asas sahaja?
Jawapan:
Harganya mahal kerana, anda perlu bayar untuk jaminan produk, rekacipta, kos pengeluaran, pembungkusan yang menarik, gaji kakitangan pengeluar, keuntungan syarikat, kos bahan-bahan mentah yang cantik dan berkualiti, sesetengah syarikat membuat perlindungan insuran serta lain-lain.

4. Soalan:
Bolehkah VS DIY ini mampu berfungsi seperti VS di luar sana?
Jawapan:
Mengapa tidak, komponen adalah sama jadi fungsi pun sama juga.

5. Soalan:
Setelah saya menghasilkan VS ini dan mencubanya, saya perasan ada perubahan setelah menggunakan VS ini, tetapi kelajuannya tetap sama seperti sebelum ini. kenapa?
Jawapan:
Voltage Stabilizer hanyalah sebuah alat tambahan elektronik, mana mungkin dapat mengerahkan komponen mekanikal untuk kelajuan! Kalau ada pun pertambahan kelajuan hanyalah tidak lebih dari 4 – 6%. Jadi kesan positifnya menggunakan VS ini adalah kepada peranti elektronik. Anda perlu ubah bahagian mekanikal untuk kelajuan, atau ubah alat yang mengawal mekanikal cara ia bekerja.

6. Soalan:
Ada orang cakap, VS boleh jimat penggunaan petrol, betul ker?
Jawapan:
Saya akan jawab secara teori bukan ilmiah. Apabila voltan pada sesebuah kenderaan telah stabil, maka peranti elektronik yang menggunakan voltan tidak perlu berkerja keras untuk bertugas secara minima mahupun maksima. Peranti elektronik yang paling hampir dengan kawalan minyak ialah injection dan computer box; jadi peranti ini dapat bekerja dengan baik tanpa beban yang berat dan akhirnya, suntikan bahan api berjalan lancar tanpa gangguan voltan yang turun naik. Maka dengan ini, penggunaan bahan api akan lebih efisyen dan sekaligus jimat minyak. Bagaimana pun, cara pemanduan dan adalah berbeza-beza, jadi keputusannya juga berbeza untuk setiap kenderaan.

7. Soalan:
Kenapa pihak pengeluar kenderaan tidak mengeluarkan kenderaan baru yang didatangkan sekali dengan VS ini, jika betul VS bagus?
Jawapan:
Pihak pengeluar/pengilang telah mengira pelbagai aspek permotoran. Aspek utama untuk kenderaan baru ialah pemanduan berhemah dan keselamatan. Bukan untuk kelajuan, perlumbaan dan sebagainya. VS tidak memberi banyak kesan untuk pemanduan berhemah. Anda beli kenderaan, andalah yang menentukan fungsi sesebuah kenderaan untuk rupa bentuk kegunaan.

8. Soalan:
Berapa lama VS boleh bertahan dengan kebaikan fungsinya? Setahun? Dua tahun?
Jawapan:
Perlu diingat, tiada benda yang kekal dan tidak rosak. Lambat laun komponen elektronik di dalam VS akan kehilangan fungsinya perlahan-demi perlahan. Anggaran usia komponen elektronik yang berkualiti mampu bertugas dengan baik antara 4 hingga 5 tahun sahaja. Sebab itu, Jepun sudah potong kenderaan sebaik sahaja mencapai 5 tahun lebih, mereka telah akui perkara ini.

9. Soalan:
Walaupun saya tahu VS ini ada orang cakap bagus, tapi saya tidak yakin akan keberkesanannya, ini apa kes pulak?
Jawapan:
Dalam Islam menekankan keyakinan, kalau tidak yakin, tidak perlu beli VS ini. Jangan buat perkara yang sia-sia dan membazir.