Tuesday, March 8, 2011

SATU RAHSIA MENJADI KAYA

SATU RAHSIA MENJADI KAYA

Hari ini saya akan dedahkan satu rahsia
orang kaya yang mungkin anda sudah tahu
tetapi tidak begitu ambil kisah.

Jadi sebelum anda mengigit jari 20-30
tahun akan datang, masanya untuk kita
mengikut jejak jutawan bermula hari ini.

Apakah rahsia tersebut?

Hampir semua jutawan tahu bagaimana
mereka mengandakan wang mereka tanpa
perlu berpeluh...

Melalui SIMPANAN!

Simpanan bermaksud anda menyimpan wang
diinstitusi kewangan yang memberikan
pulangan setiap bulan atau tahun! Ianya
nampak biasa tetapi berapa ramai antara
kita yang menyimpan wang secara tetap
setiap bulan??

Tahukah anda masa adalah musuh utama
kerana ianya bakal menentukan samada
anda mampu bergelar jutawan atau tidak.

Katakan anda berumur 25 tahun sekarang,
dan anda mahukan RM100,000 dibank ketika
anda bersara kelak. Jika anda bermula
menyimpan hari ini dengan hanya RM10.22
sebulan (hanya 33 sen sehari!) dengan kadar
faedah 12 peratus,anda telah mempunyai
RM100,000 dibank ketika anda berumur 65 tahun!

Tetapi jika anda leka dan telah berumur
55 tahun, anda perlu menyimpan RM447 sebulan
untuk dapatkan RM100,000 ketika mencapai
65 tahun!

Ini bermakna anda terpaksa menyimpan 43 kali
banyaknya disebabkan anda terlewat! Dan ini
tentunya akan membuka mata anda:

Jika anda menyimpan RM100 sebulan dengan
kadar faedah 12 peratus setahun:

- Mula menyimpan ketika berumur 25 tahun:
Anda menjana RM979,307 ketika 65 tahun!
(Hampir SEJUTA RINGGIT dibank!)

- Mula menyimpan ketika berumur 26 tahun:
Anda menjana RM873,241 ketika 65 tahun!
(Anda rugi RM106,066!)

- Mula menyimpan ketika berumur 30 tahun:
Anda menjana RM551,083 ketika 65 tahun!
(Anda rugi RM428,224!)

Jadi, tidak kira berapa umur anda sekarang,
inilah masanya anda mula menyelitkan sedikit
wang setiap bulan untuk simpanan dan menjejak
langkah jutawan automatik!

Saya telah tunjukkan kepada anda bagaimana
dengan hanya menyimpan RM100 sebulan, ianya
mampu meledak sehingga RM979,307!

Jumpa lagi dengan rahsia kekayaan yang lain.

Demi Kejayaan Anda,

Mohd Nizam =====Petikan dari  http://jutawanautomatik.com

SALAH SATU PILIHAN PELABURAN YANG BOLEH MENDATANGKAN PULANGAN 12% @ LEBIH SETAHUN IALAH DI PUBLIC MUTUAL......ADAKAH IA ISLAMIC ??? yes!!!  MEMPUNYAI PEGAWAI SYARIAH DAN DIPANTAU OLEH PANEL SYARIAH SURUHANJAYA SEKURITI....UNTUK MELABUR@MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI SAYA : 0124774597

Thursday, January 20, 2011

DI MANA PATUT ANDA MELABUR???


Anda perlu patuhi 3 peraturan keemasan (3 golden rules)di bawah ini:-

1. Anda hendaklah kerap melakukan penambahan pelaburan kerana ini mengurangkan kos unit yang anda beli. Anda terapkan purata nilai ringgit (Dollar Cost Averaging) di dalam pelaburan anda.
2. Sentiasa berhubung dgn konsultan untuk mengetahui status pelaburan anda. Sebaik-baiknya 3 bulan sekali.
3. Keluarkan semua pelaburan anda apabila anda sudah mencapai target keuntungan( 8-15% )setahun.

Dan ini pula perbandingan antara jenis-jenis pelaburan yang boleh dilakukan buat masa ini di Malaysia (nota : segala fakta mungkin berubah mengikut faktor semasa)

Perbandingan jenis pelaburan, kebaikan dan keburukannya
----------------------------------------------------------------------------------------------

Jenis Pelaburan: Simpanan Biasa (1% - 2% pulangan)
Penerangan: Kumpulan wang yang berikan kadar faedah yg kecil secara tahunan atau bulanan
Kebaikan:
Mudah diambil (kecairan tinggi),
Hampir tiada risiko.
Keburukan: Pulangan tidak dapat saingi inflasi (inflasi semasa +-5%),
Kuasa membeli akan gagalkan wawasan simpanan,
simpanan cepat susut kerana kecairan tinggi.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Jenis Pelaburan: Simpanan Tetap (Fixed Deposit) (3% - 4% pulangan)
Penerangan: Pulangan yg menjamin pulangan tetap pada tempoh tertentu (tempoh matang)
Kebaikan:
Pulangan terjamin,
Hampir tiada risiko.
Keburukan:
Pulangan tak dapat saingi inflasi,
Tiada pulangan jika dikeluarkan sebelum tempoh matang,
Tidak sesuai untuk penambahan simpanan (top-up).
----------------------------------------------------------------------------------------------

Jenis Pelaburan: Pasaran Saham (1% - 300%)
Penerangan: Pelaburan dalam saham-saham syarikat di bursa saham
Kebaikan:
Pulangan yang tinggi dan lumayan dalam jangka masa pendek
Keburukan:
Risiko sangat tinggi,
Pelabur berisiko berakhir dengan hutang,
Perlu pengetahuan teknikal serta masa yang betul,
Bayaran remisier yang tinggi dan sebagainya.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Jenis Pelaburan: Waran, Debentur dan yg sewaktu dengannya
Penerangan: Pelaburan melibatkan sejenis pinjaman terjamin yang mempunyai aset syarikat sebagai cagaran
Kebaikan:
Risiko lebih rendah berbanding saham,
Prestasi meningkat selaras dengan prestasi syarikat.
Keburukan:
Tidak mudah cair,
tidak mudah diniagakan dalam pasaran saham,
Faedah yang tetap,
Perlu ditunaikan ketika matang tidak kira untung atau rugi.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Jenis Pelaburan: Hartanah (10% ke atas)
Penerangan: pelaburan dalam hartanah seperti rumah, tanah, kondomium, projek perumahan, konsep beli pada harga mentah atau murah kemudian jual bila harga tinggi
Kebaikan:
Rumah adalah keperluan asas dan tanah adalah aset tetap,
Ada 2 jenis pulangan iaitu sewa dan jual terus.
Keburukan:
Perlu modal mula yang tinggi,
Harga sukar pulih jika pasaran merudum dan lokasi kurang sesuai.
Kecairan rendah (mungkin ambil masa hingga bertahun-tahun) bagi selesaikan 1 urus niaga. Tidak mudah alih.

----------------------------------------------------------------------------------------------

J
enis Pelaburan: Unit Amanah Islam (Islamic Unit Trust) (10% ke atas)

Penerangan: Pelaburan yang mengumpul modal daripada pelabur individu dan korporat dengan kepakaran pasukan pengurus dana (Cth : Public Mutual) dan dengan pemantauan pemegang amanah (trustee)
Kebaikan:
Mengikut Syariah, Risiko diagihkan (diversify) supaya terkawal, Kecairan tinggi,
Diuruskan oleh professional, Modal permulaan yang rendah.

Keburukan:
Risiko pelaburan tertakluk kepada jenis dana (fund).....risiko tinggi pulangan tinggi / risiko rendah pulangan rendah ( boleh rujuk je dengan saya selaku perunding unit amanah anda)
Jadi yang mana satu anda pilih? Hubungilah saya..hehe
hafizjaipk@yahoo.com
0124774597